(Bagaimana Untuk Menjalankan Kajian Tindakan Di Dalam Bilik Darjah Sendiri)
By Frances Rust and Christopher Clark
Jurnal 3:
Teaching Action Research on the Web
(Mengajar Kajian Tindakan dalam Laman Web)
By Ian Hughes
SAMPEL:
1.Pelajar pra-sekolah hingga tahap empat yang terletak di tengah bandar yang mempunyai seramai 530 orang pelajar.
1.Sampel yang digunakan dalam kajian tindakan adalah pelajar sekolah.
1.Pelajar dan staf universiti.
2.Dijalankan pada setiap tahun iaitu 1994 hingga 2000. Kajian yang dijalankan sebelum tahun akademik bermula dalam bulan Februari di Australia. Kajian Tindakan ini adalah kajian jangka panjang.
LOKASI (SETTING):
Dijalankan di dalam bilik darjah di sekolah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.
Lokasi yang digunakan untuk menjalankan dalam kajian tindakan adalah di dalam bilik darjah.
Lokasi yang dijalankan adalah di universiti dengan menggunakan web internet komputer.
PROSEDUR:
1.Mengenal pasti masalah yang berlaku
2.Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3.Pentafsiran data
4.Tindakan berasaskan data
5.Refleksi
1.Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2.Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3.Memahami pengalaman – data dan analisis
4.Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5.Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman
1.Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2.Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3.Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4.Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5.Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan
PENGUMPULAN DATA:
Temu duga, diari, portfolio, nota lapangan, gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, survei dan sampel dari projek pelajar.
Soal selidik , pemerhatian, survey, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot.
Pemerhatian, menggunakan web internet komputer, soalan dan kajian perpustakaan.
ANALISIS DATA:
Menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan. Data yang dapat dijumlahkan dan boleh dianalisis tanpa menggunakan statistik atau bantuan teknikal. Data seperti pendapat atau senarai semak boleh digunakan dalam jadual.
Menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan bagi memudahkan untuk mendapatkan maklumat.
Menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual untuk melihat keputusan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian tindakan.
PENILAIAN PERBEZAAN ARTIKEL:
Artikel yang dikaji amat sesuai untuk dibaca kerana banyak memberi input bermanfaat dan berguna yang berkaitan dengan kajian tindakan kepada pembaca dengan menggunakan berbagai pendekatan bagi menjalankan kajian tindakan.
Ketiga-tiga artikel ini menggunakan prosedur yang berbeza untuk menjalankan kajian tindakan dan memberi idea serta pengetahuan kepada pembaca dan amat sesuai digunakan dalam kajian tindakan.
Teknik pengumpulan dan analisis data terdapat ketiga-tiga artikel dapat memberi idea kepada pembaca yang hendak menjalankan kajian tindakan yang lebih baik dan berkesan.
Penulis ketiga-tiga artikel ini memberi pendapat dan contoh yang boleh menjadi panduan kepada pembaca untuk menjalankan kajian tindakan dengan lebih berkesan.
Pengkaji kajian tindakan disarankan agar lebih banyak membaca artikel agar dapat menambahkan lagi pengetahuan untuk menjalankan kajian tindakan pada masa hadapan. Satu guru satu kajian tindakan.
Analisis tambahan untuk 9 Jurnal:
NOR AFIFAH BINTI YAACOB
Jurnal 1: Action Research. By: Eileen Ferrence
Jurnal ini menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru dalam melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah bagi mempertingkatkan mutu P&P yang dilakukan olehnya. Guru berperanan sebagai seorang pengkaji dalam kajian tindakan. Dalam jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Sampel pelajar ialah seramai 530 orang pelajar (merangkumi pelajar pra-sekolah sehinggalah pelajar tahap empat). Pengkaji menggunakan 5 peringkat (prosedur) dalam menjalankan kajian tindakan ini iaitu :
1)Mengenal pasti masalah yang berlaku
2)Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3)Pentafsiran data
4) Tindakan berasaskan data
5) Refleksi
Pengkaji menggunakan beberapa kaedah/bahan dalam mengumpulkan data-data kajian seperti temu duga, diari, portfolio, nota lapangan. Gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, tinjauan kajian dan sampel projek pelajar. Bagi tujuan menganalisis data yang diperolehi pula pengkaji tidak menggunakan statistik atau bantuan teknikal.Pengkaji menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan dan memaparkan dalam bentuk jadual.
Jurnal 2: How to do Action Research in Your Classroom. By: Frances Rush And Christopher Clark.
Jurnal ini mengenai kajian tindakan yang dilakukan di bilik darjah (sekolah) dan sanpel kajian ini ialah pelajar sekolah.Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan ialah seperti berikut :
1) Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2) Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3) Memahami pengalaman – data dan analisis
4) Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5) Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman
Pengkaji iaitu guru yang mengajar di bilik darjah tersebut melakukan penggumpulan data dengan menggunakan soal selidik, pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot. Bagi memaparkan hasil dapatan kajian tindakan pengkaji menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan.
Jurnal 3: Teaching Action Research on the Web. By: Ian Hughes
Jurnal ini membincangkan mengenai kajian tindakan yang dilakukan terhadap pelajar dan kakitangan sebuah universiti melalui penggunaan laman web. Prosedur bagi kajian tindakan ini ialah melalui 5 peringkat iaitu :
1) Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2) Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3) Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4) Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5) Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan
Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, menggunakan laman web, soalan dan kajian perpustakaan bagi melakukan pengumpulan data bagi permasalahan yang dikaji. Bagi mempamerkan hasil dapatan kajian , pengkaji menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual.
WAN NOORAINI BINTI WAN MUHAMMAD
Jurnal 1: Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers. By : Alcione N. Ostorga and Veronica Lopez Estrada.
Jurnal ini menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Kajian ini dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran terutama dari segi kekurangan inisiatif oleh guru-guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa. Dalam melakukan pengumpulan dan penganalisan data kajian ini, pengkaji pada peringkat permulaan telah mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigm, kemudian mengumpulkan data dalam kajian ini tdengan menggunakan penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, daripada tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian.
Perbincangan akhir dilakukan dengan menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar yang dijemput untuk membincangkan tentang bahagian-bahagian kursus yang membantu dan yang tidak mempengaruhi.Selepas itu analisis data dilakukan dengan pengkaji menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalan-amalan pengajaran dalam kursus berikutnya. Kitaran ini tidak berhenti setakat itu sahaja akan tetapi dilakukan secara berulang-ulang sebanyak tiga kali sebelum model pengajaran yang disampaikan dalam bahagian terdahulu itu timbul. Pengkaji memaparkan dapatan kajian berdasarkan dua kajian kes yang dijalankan oleh pelajar dengan membuat penilaian bagi kedua-dua hasil yang diperolehi. Perbandingan hasil daripada kajian kes yang dilakukan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pembuktian terhadap data yang digunakan.
Jurnal 2: Minute Math: An Action Research Study Of Student Self-Assessment. By: Susan M. Brookhart, Marissa Andolina, Megan Zuza and Rosalie Furman
Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk melihat pencapaian kendiri pelajar melalui satu perlaksanaan projek iaitu “Minit matematik”. Projek ini dijalankan dengan melibatkan pelajar-pelajar meramal dan melihat graf skor pencapaian mereka dalam tempoh masa satu minggu sekali semasa ujian dilakukan yang merangkumi 0-9 fakta pendaraban yang melibatkan sifir matematik. Pelajar juga dapat melihat kemajuan dan kejayaan mereka menghafal tugasan pembelajaran dan strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah. Penilaian kendiri pelajar di anggap berjaya pada pusingan di mana pelajar dapat memantau pengajian metematik mereka sendiri. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah pelajar dilihat kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah, oleh itu pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada empat puluh satu orang pelajar di dalam dua kelas-kelas tangga ketiga, termasuk pelajar pendidikan khas. Projek kajian tindakan dikendalikan bersama oleh dua penyelia Universiti, tiga orang guru dan tiga bakal guru.
Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan ini, iaitu pertamanya: konteks sekolah dan para peserta, keduanya: Prosedur dan peralatan. Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan. Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza. Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar. Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui 2 kriteria bagi kelas yang berbeza.Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan ini melalui penggunaan carta bar dan jadual.
Jurnal 3: Raising School Attendance: A Case Study of Good Practice in Monitoring and Raising Standard. By: Ken Reid
Jurnal ini membincangkan isu pengurusan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar ketidakhadiran dan ponteng di sekolah. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah serta punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng. Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini ialah melalui pemilihan memilih sample yang terlibat iaitu sekolah-sekolah di England, kemudian pengkaji mengumpulkan data (melalui mesyuarata yang diadakan), kemudian pengkajia menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng. Pada peringkat pengumpulan data dan penganalisisan data, pengkaji mengadakan mesyuarat terancang selama 2 hari dengan semua sekolah (sampel) bagi mengenalpasti tahap kehadiran pelajar. Mesyuarat ini melibatkan ketua-ketua guru, kakitangan sekolah kanan, pegawai-pegawai kebajikan pendidikan dan kakitangan sokongan LEA.Dalam mesyurat terbabit mereka bersama-sama menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng dan tidak hadir.Guru-guru kemudiannya telah mempelbagaikan pendekatan untuk mengurangkan ketidakhadiran iaitu secara lembut dan tegas. Pengkaji telah menggunakan jadual untuk memaparkan data.
HUDA SUHAILY ADAM
Jurnal 1: Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study. By: Johannes C. Cronje
Jurnal ini menerangkan tentang pengkaji sebagai seorang guru berusaha untuk menyelesaikan masalah pelajarnya yang berlainan penggunaan bahasa dengan pengkaji. Pengkaji melihat pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik dan pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran walaupun pengkaji menggunakan bahasa yang berbeza. Melalui kajian ini didapati bahawa guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata.
Jurnal 2: An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom. By: Courtney Kosky
Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar melalui penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dikalangan pelajar gred 6. Pengkaji ingin menilai sejauhmana penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dapat menarik minat mereka dalam melakukan tugasan mereka dalam keadaan yang seronok. Melalui aktiviti seni guru juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Selain itu bagi matapelajaran yang berfokuskan kepada pengetahuan am dan fakta seperti matapelajaran sosial ini pengunaan aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang bersesuaian dalam membantu pelajar mendapatkan pemahaman yang baik terhadap isi pengajaran.
Jurnal 3: The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge. By: Marilyn Joshua
Jurnal ini menerangkan mengenai pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P terhadap kemahiran penulisan pelajar. Hasil kajian tindakan ini memberikan gambaran bahawa apabila guru memilih tugasan menulis adalah penting bagi guru dalam mengkaji bahawa yang manakah berkesan samada penggunaan prompt yang digabungkan dengan gambar atau penggunaan prompt sahaja dalam meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajar.
TAJUK BUKU: TEACHER AS REFLECTIVE PRACTITIONER AND ACTION RESEARCHER.
BY: RICHARD D. PARSON AND KIMBERLEE S. BROWN
APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)
Kajian tindakan merupakan satu kajian perlaksanaan iaitu pengkaji atau penyelidik adalah pengamal contohnya guru. Pengkaji menggunakan kajian sebagai metodologi untuk membuat refleksi terhadap amalan mereka yang lalu dan sentiasa cuba membentuk hasil kerja yang lebih baik dengan melakukan penambahbaikan terhadap amalan lepas.
Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru akan mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah untuk melakukan kajian tindakan. Ia bertujuan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam bilik darjah itu sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam P&P guru.
Kajian tindakan merupakan sebahagian dari kehidupan profesionalisme seorang guru dan ianya berkekalan selagi seorang guru itu berkeinginan untuk mempertingkatkan kebekerkesanan dan mengekalkan profesionalismenya.
Kajian tindakan amat penting dan sentiasa mendapat perhatian daripada para ilmuan. Pada pendapat mereka, kajian tindakan merupakan satu kaedah yang terbaik bagi melakukan perubahan terhadap corak pentadbiran dalam bilik darjah, sekolah dan sebagainya.
MENGAPA KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN OLEH GURU?
Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P
Kajian tindakan adalah satu model penting kepada guru sebagai panduan dan rujukan dalam membuat penilaian mengenai amalan P&P, kaedah dan strategi pengajarannya.
Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.
Kajian tindakan penting dalam meningkatkan mutu P&P, malah turut menyumbang dalam perkembangan dan peningkatan kemahiran mencipta kaedah dan strategi pengajaran seseorang guru. Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Kajian tindakan juga dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.
Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.
Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.
Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Melalui kajian tindakan, guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya. Guru yang beretika perlu sentiasa mengkaji dan memastikan tindakan dan strategi P&P yang dilakukan adalah sah dan berkesan terhadap pelajar-pelajarnya.
BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Memerlukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.
Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
Mengubah pendekatan dan strategi P&P
DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Dalam dan luar kelas
Sekolah
BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN
PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:
Mengenalpasti Masalah
Dalam kajian tindakan, guru perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menentukan tahap pencapaian kepuasan hasil dari kajian tersebut. melaui masalah ini juga, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.
Kajian Kepustakaan
Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi seseorang guru pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti.
Menyatakan hipotesis
Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukanuntuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.
Membina dan Melakukan Reka Bentuk
Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
Pengumpulan dan Penganalisian Data
Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu skor markah ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan dokumen
Sumber data dapat dikategorikan samada :
Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan
Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa
TAJUK BUKU :
ACTION RESEARCH IN THE CLASSROOM
BY: VIVIENNE BAUMFIELD, ELAINE HALL AND KATE WALL
APA ITU KAJIAN TINDAKAN(KT)
Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalan dan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan. Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.
Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.
MENGAPA GURU MELAKUKAN KT?
1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.
2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.
3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.
BILA GURU MELAKUKAN KT
Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.
Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.
DI MANA GURU MELAKUKAN KT?
Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.
Kajian ini dilakukan di sekolah
BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KT?
( Kemmis & Mc Taggard (1988))
Melibatkan proses " plan- do- review.
1) Merancang
2) Melakukan
3) Mengkaji Semula
Model Reka Bentuk Kajian Tindakan
(Model dinamik kitaran kajian tindakan)
PROSEDUR
1) Cadangan pertanyaan atau persoalan
"Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam melakukan kajian, analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.
Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh sumber-sumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh sekolah atau kumpulan sekolah.
2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan
Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.
3. Penonton/ peserta
Suara
Masyarakat kritikal
PENGUMPULAN DAN PENGANALISAAN DATA
1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.
2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.
TAJUK BUKU: GURU SEBAGAI PENYELIDIK
PENGARANG: ABDUL RAHMAN BIN ABDUL MAJID KHAN
Kajian tindakan sering dan sebaik-baiknya dijalankan oleh pengamal sesuatu bidang (guru).Kajian tindakan adalah kajian berbentuk ilmiah yang dijalankan secara longgar, khususnya apabila kajian dijalankan berkaitan teori-teori atau metodologi pembelajaran di sesuatu kelas. Contonhnya seorang guru yang mencuba kaedah baru serta membandingkan pencapaiannnya dengan kejayaan-kekayaan lampau yang mengguna pakai kaedah-kaedah yang berlaianan sebenarnya sedang melakukan kajian tindakan. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak menyelidik aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam situasi khusus.
Walau apa jenis pendekatan yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan, tidak kira sama ada ia merupakan kajian tindakan yang dilakukan secara besar atau kecil, ciri-cirinya haruslah bersifat ilmiah, iaitu kajian bersifat sistematik, setiap langkah direncanakan dengan teratur, berkonseptual serta jelas prosedurnya, cermat, teliti dan berobjektif. Ia perlu dijalankan dengan penuh beretika tanpa prejudis atau berkepentingan tertentu, melainkan cuma bertujuan menambah ilmu memenuhi keperluan tertentu seperti memperbaiki prestasi kerja (ini menyokong maklumat yang terdapat dalam buku "Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher " dimana penulis buku berkenaan berpendapat salah satu sebab mengapa guru perlu melakuan kajian tindakan adalah kerana melalui kajian tindakan ianya dapat melatih guru meningkatkan kemahiran dan pengetahuaanya dalam etika profesion perguruan.
Dalam konteks pendidikan, Edefelt (1979) mencadangkan bahawa perkembangan profesional perlu mengambil kira semua individu sekolah dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam urusan penambaikannya. Beach dan Reinhartz (2000:265) menyatakan perkembangan profesional untuk para guru, penyelia dan pemimpin pengajaran adalah peluang bagi mengembang pengajaran, penyeliaaan dan kemahiran-kemahiran pentadbiran secara berterusan.
2.0 Bahagian ini cuba menjelaskan dengan lebih lanjut tentang KajianTindakan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh guru semasa menjalankan kajian tindakan dijadikan panduan dalam membuat penjelasan ini.
2.1 Beberapa Perbezaan Antara Penyelidikan Pendidikan Tradisi Dengan Kajian Tindakan
Kajian Tindakan juga tergolong dalam penyelidikan pendidikan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbezaan antara Kajian Tindakan dengan penyelidikan pendidikan tradisi atau konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan yang dihuraikan di sini dibataskan kepada beberapa aspek kajian tradisi yang didapati boleh menimbulkan kekeliruan dalam memahami Kajian Tindakan. Aspek-aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian, sampel kajian, serta menggunakan dapatan untuk membuat generalisasi.
Penyelidikan pendidikan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik atau pun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan.
Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari K-ementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar.
Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajarterhadap sains?
Penyelidikan pendidikan tradisi menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian.
Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar".
Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian •untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.
2.2 Pengertian Tentang Kajian Tindakan
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.
2.2.1 Pengembangan Profesionalisme Guru
Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.
Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.
Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.
Kajian Tindakan memperlihatkan pengembangan guru sebagai sesuatu yang mengarah dari bawah ke atas (bottom-up) dan bukan dari atas ke bawah (top-down). Model penjana pengetahuan (knowledge-generating model) mengandaikan bahawa kemajuan dalam latihan pendidikan perlulah berasaskan pada pandangan dan pengalaman guru sendiri. Model ini menekankan peranan guru sendiri sebagai model utama kajian tanpa menerima tekanan atau arahan dari pihak atasan. Dapatan dari kajian diterima sebagai sebahagian daripada percambahan idea dalam bidang yang dikaji.
2.2.2 Meningkatkan Keberkesanan Amalan Mengajar
Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.
2.2.3 Tujuan Kajian
Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu.
Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Perhatikan contoh berikut:
• Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang berkesan.
• Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan berkesan melalui bimbingan guru yang berkesan.
Contoh di atas boleh dijadikan tujuan kajian tindakan untuk dilaksanakan oleh seorang guru dalam satu kelas, atau untuk semua guru dalam satu sekolah bagi satu atau semua mata pelajaran atau pelbagai mata pelajaran. Kajian itu boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun atau untuk beberapa tahun.
Pelaksanaan Kajian Tindakan untuk satu atau beberapa tahun sesi persekolahan pastilah mengandungi beberapa pusingan atau kitaran mengikut masalah-masalah yang hendak ditangani. Tiap-tiap kitaran kajian mengandungi tujuan khusus berkaitan dengan satu-satu masalah atau kemahiran yang cuba ditangani. Perhatikan contoh-contoh berikut:
• Meningkatkan penguasaan kemahiran mendarab sifir 2 hingga 4.
• Meningkatkan kefahaman murid tentang rumah sa, puluh dan ratus dalam kemahiran asas menambah.
Selain daripada bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.
2.2.4 Langkah-Langkah Melaksanakan KajianTindakan
Dalam proses pembelajaran di bilik darjah, tiap-tiap kemahiran lazimnya dipelajari satu per satu. Proses yang sama berlaku dalam Kajian Tindakan. Tiap-tiap masalah pembelajaran di tangani satu per satu. Proses pelaksanaan Kajian Tindakan merangkumi empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.
RAJAH KT
Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula.
Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan.
Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi.
2.2.5 Mengubah Amalan Mengajar
Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini?
Langkah-langkah P&P melalui K-ajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti P&P yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti P&P. Dalam K.ajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti P&P perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin.
Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru.
Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti P&P boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani.
2.2.6 Kajian Menjelaskan Amalan Penyelidik
Guru yang menjalankan K-ajian Tindakan memainkan peranan sebagai pengkaji. Perkara yang dikaji ialah amalan guru itu sendiri berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang diajar. Oleh itu guru adalah pihak yang dikaji dan beliau tidak mewakili mana-mana kelompok populasi. Justeru, adalah tidak wajar dapatan Kajian Tindakan digunakan untuk membuat generalisasi terhadap amalan guru lain. Begitu juga, cadangan untuk memperbaiki aktiviti atau langkah P&P berdasarkan dapatan sesuatu kajian adalah sesuai dan lebih tepat untuk memperbaiki amalan guru yang menjalankan Kajian Tindakan itu sendiri.
2.2.7 Perkongsian Maklumat
Perkongsian dapatan kajian adalah perkara penting yang disarankan dalam Kajian Tindakan. Melalui perkongsian itu guru lain boleh menggunakan dapatan kajian sebagai rujukan atau panduan bagi melaksanakan kajian mereka sendiri. Seseorang guru yang berhasrat untuk mencuba aktiviti-aktiviti P&P yang telah dilaksanakan dalam Kajian Tindakan guru lain perlulah mengutip data tentang amalannya dahulu. Berdasarkan analisis data yang dikutip itu aktiviti yang hendak dicuba diubahsuai mengikut keperluan murid-muridnya sendiri.
2.2.8 Memahami Proses Pembelajaran
Guru yang menjalankan Kajian Tindakan turut mengalami proses pembelajaran. Melalui pendekatan ini guru cuba memahami proses pembelajaran murid-muridnya. Dengan memahami proses pembelajaran murid, guru boleh mengambil langkah untuk memperbaiki pengajarannya yang tidak berkesan. Kajian Tindakan yang memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk membuktikan bahawa sesuatu pendekatan atau aktiviti pengajaran adalah lebih baik daripada yang lain atau untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran tidak menepati matlamat untuk memperbaiki amalan guru.
Perhatikan contoh-contoh dibawah.
• Perbandingan Antara K.eberkesanan Teknik Mengajar A Dengan Teknik Mengajar B.
• Keberkesanan Penggunaan Internet Dalam Pengajaran.
Contoh di atas mebayangkan bahawa tumpuan kajian adalah untuk menguji keberkesanan teknik mengajar atau bahan P&P, manakala kajian tindakan pula cuba mengesan kekuatan atau kelemahan amalan guru.
Melalui Kajian Tindakan teknik mengajar A atau B serta penggunaan internet dalam pengajaran boleh dijadikan langkah atau aktiviti P&P untuk menangani sesuatu masalah yang dikaji.
2.2.9 Pendekatan Penyelidikan Dalam Pengajaran
Berbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. Kajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi.
2.2.10 Mengutip Dan Menganalisis Data
Kajian Tindakan memberi ruang kepada guru untuk menerokai daya kreativiti dan inovasi. Oleh itu alat yang digunakan untuk mengutip data tidak perlu dihadkan kepada beberapa alat yang lazim digunakan dalam kajian tradisi seperti temubual atau soalselidik. Guru boleh membina alat sendiri untuk mengumpul data asalkan alat yang dibina itu praktikal dan sesuai digunakan mengikut keperluan kajian. Pengalaman mengajar yang ada pada guru khususnya yang berkaitan dengan aktiviti penilaian yang sering dilakukan oleh guru adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan untuk membina alat.
Berasaskan data daripada pelbagai sumber, kebenaran dapatan Kajian Tindakan boleh diperkukuhkan. Melalui langkah pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti-aktivit P&P data boleh dikumpul oleh tiga pihak iaitu penyelidik sendiri, rakan dan murid-murid yang diajar. Manakala di peringkat memahami masalah pula, guru boleh mendapatkan data daripada beberapa sumber sedia ada serta mengutip data daripada murid-murid sebagai data tambahan sekiranya perlu.
Data yang dikumpul perlulah dianalisis supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah ialah mengelompokkan data daripada beberapa sumber mengikut tajuk atau tema tertentu. Dengan cara membandingkan data-data itu perkaitan antara data-data dapat dilihat. Melalui cara ini keadaan yang dikaji dapat dilihat atau difahami dengan lebihjelas.
2.2.11 Usaha Berpasukan
Guru boleh melaksanakan Kajian Tindakan bersendirian tetapi berdasarkan pengalaman beberapa orang guru di sekolah-sekolah di Australia didapati bahawa K.ajian Tindakan adalah lebih berkesan apabila dilaksanakan secara usaha sama atau berpasukan. Didapati juga bahawa usaha sama di kalangan guru adalah lebih berkesan apabila semua guru dalam pasukan penyelidik turut terlibat menjalankan K.ajian Tindakan di bilik darjah masing-masing.
Peranan berpasukan menjadikan K.ajian Tindakah lebih berkesan kerana idea dan pandangan yang berbagai boleh membantu memantapakan sesuatu keputusan. Selain daripada memberi pandangan tiap-tiap ahli boleh saling membantu dalam melaksanakan tindakan seperti membuat pemerhatian atau mengumpul data.
Usaha berpasukan juga sangat penting bagi pelaksana kajian tindakan yang menghadapi kebuntuan semasa melaksanakan kajian. Dengan adanya pasukan penyelidik guru boleh saling merujuk dan saling bertanya apabila menghadapi masalah.
Di sekolah kerja berpasukan boleh diwujudkan melalui panitia mata pelajaran. Kajian Tindakan boleh dijadikan agenda utama panitia untuk membina semangat kerja berpasukan serta meningkatkan profesionalisme guru.
Bagaimana usaha berpasukan dapat diwujudkan sedangkan para guru mempunyai senarai tugas yang tidak pernah berakhir? Sekiranya seseorang guru pelaksana Kajian Tindakan memerlukan bantuan daripada guru lain, adakah perlu bagi beliau mengadakan satu mesyuarat khusus? Perjumpaan yang formal hanya dapat diadakan selepas waktu sekolah. Sekiranya guru-guru terlibat tidak boleh meluangkan masa, sudah tentulah perbincangan tidak dapat dijalankan.
Bagi meneruskan kajian, langkah-langkah pelaksanaan perlu diubahsuai. Perbincangan boleh diadakan secara berperingkat. Mana-mana ahli yang mempunyai waktu senggang serentak bolehlah mengadakan perbincangan dahulu. Jika perlu guru yang memerlukan bantuan itu bolehlah merujuk kepada ahli-ahli lain kemudian iaitu apabila mereka mempunyai masa terluang khususnya pada waktu senggang.
Usaha berpasukan tidak semestinya berlaku di kalangan guru-guru dalam satu sekolah sahaja. Guru haruslah mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah lain khususnya sekolah yang berhampiran. Aktiviti berkongsi pengalaman di antara sekolah-sekolah memberi peluang kepada guru untuk memperbaiki lagi kemahiran menjalankan kajian melalui pertukaran idea dan pengalaman.
2.2.12 Keberkesanan Kajian Melalui Pelaksanaan Jangka Panjang
'Program For Enhancaing Effective Learning" (PEEL) iaitu program ^enyelidikan di sekolah melalui Kajian Tindakan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah di Victoria, Australia. Menurut guru-guru yang terlibat dalam program itu, Kajian Tindakan sebagai pendekatan pengajaran untuk mencapai matlamat pendidikan terbukti berkesan apabila dilaksanakan dalamjangka waktu yang panjang. Melalui pelaksanaan kajian berulang kali dalam jangka waktu yang panjang, guru berpeluang untuk mencuba berbagai-bagai idea. Melalui proses "cuba-cuba" kemahiran menjalankan kajian meningkat dan keberkesanan pengajaran juga turut meningkat. Oleh sebab itu kajian tindakan diamalkan sebagai pendekatan pengajaran seharian di bilik darjah dan amalan penyelidikan ini diteruskan tahun demi tahun.
2.3 Kesimpulan
Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.
Kajian Tindakan menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip.
Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut.
Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani.
Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain. Pendekatan atau bahan P&P yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang masalah pembelajaran yang dikaji.
Pelaksanaan sesuatukajian yang sistematikdanmembolehkanpencapaianmatlamatadalahberdasarkanRekaBentukKajianTindakan yang meliputiempatlangkahpenting :
Merefleksi
Merancang
Melaksanakan Strategi
Memantau Untuk Membuat Penilaian Kitaraninimungkinakanberterusandanakanwujudselagimanapermasalahan yang dikajimasihtidakdapatdiatasiataubelummencapaikeputusan yang dikehendaki.
Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami. Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal terhadap masalah-masalah yang timbul. Ini merangkumi pengujudan pelan tindakan dan menentukan hala tuju seperti menentukan objektif, tugas, dan orang-orang yang akan melaksanakan objektif serta memperoleh sumber-sumber yang diperlukan. Ia juga termasuk melaksanakan pelan, menggalakkan orang menjalankannya dan menilainya dari segi keberkesanan dan pencapaian.
Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)
Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.
MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN (KOLB, 1984)
Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi.
‘Daripada perspektif pendidikan…inkuiri reflektif berdisiplin dalam konteks yang berfokus dan usaha sistematis untuk menpercepatkan pemahaman kita terhadap polisi pendidikan, amalan, intervensi dan program, serta menjana dan melestari kemajuan di sekolah’
Daripada Tuan Pengarah
Pelajaran Negeri Johor (09)
Gay &Airasian (2000) mengatakan “…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them.” h. 593 Manakala Craig (2004) mensifatkan kajian tindakan sebagai “research for the sake of taking action.”
Konsep Kajian Tindakan Satu usaha di bilik darjah yang bersifat:
Cuba jaya dan berterusan.
Penglibatan pengamal (pengurus sekolah atau guru):
membuat intervensi ,
langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir, dan kesedaran yang baru.
3. Dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan i. Memperbaiki amalan kerja, ii. Menambah kefahaman baru, dan iii. Meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan.
Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri. Kajian ini juga dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial pengamal (guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri.
Tujuan kajian tindakan adalah untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Kepentingan Kajian Tindakan menurut Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Menyegerakan perubahan di bilik darjah dan sekolah
Inkuiri sistematis dan berdisiplin
Memberi kuasa kepada individu melalui pasukan yang kolaboratif
Menggalakkan refleksi dan amalan pembelajaran
Alat untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang profesional
Mencari jalan untuk merapatkan jurang antara visi dan amalan
Dibentangkan Oleh: Nur Atifah bt Abd Wahab (P48700) dan Siti Nabilah bt Hassan (P48675) Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
Permasalahan Kajian
Guru sering berhadapan dengan pelbagai ragam dan masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran yang menunjukkan perlakuan agresif, perlakuan pasif, perlakuan negatif sosial dan permasalahan emosi
Guru perlu membuat satu program pengurusan tingkahlaku bagi mengubahsuai tingkahlaku bermasalah terbabit
Bagi meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid belajar, teknik ganjaran melalui pemberian token telah diadaptasikan dalam kajian ini
Objektif Kajian
Obejektif kajian pula dilakukan dengan mengambil kira objektif am dan objektif khusus.
Objektif Am ialah meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar menggunakan teknik ganjaran (token) di kalangan murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
Objektif Khusus pula ialah berkaitan mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar, memberi ganjaran kepada murid yang berjaya mencapai tingkahlaku sasaran dan mengurangkan tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar
Metodologi Kajian
Mengenalpasti tingkah laku yang hendak diubah
Membuat pemerhatian dan merekod tingkahlaku
Menentukan tingkahlaku sasaran yang hendak dicapai
Memilih strategi yang perlu digunakan
Menentukan ganjaran
Menjalankan program
Melakukan penilaian secara berterusan
Memastikan supaya tingkahlaku negatif tidak berulang
Membuat refleksi
Dapatan Kajian
Didapati bahawa sistem ganjaran berkesan kerana boleh mengurangkan tingkahlaku negatif dan seterusnya meransang ketekunan murid belajar
Murid menjadi lebih bersemangat dan bersaing secara sihat untuk mengumpul markah yang tinggi supaya dapat ditukarkan dengan token
Pengurangan tingkahlaku negatif dapat mengurangkan gangguan di dalam kelas, meransang aktiviti pembelajaran supaya dapat berjalan dengan lancar, guru dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap topik yang diajar dan murid dapat menghayati topik yang dipelajari
Cadangan Penambahbaikan dan Kesimpulan
Strategi pemberian token sebagai ganjaran boleh dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan kelas-kelas pendidikan khas dan aliran perdana.
Ganjaran perlu dipelbagaikan dari semasa ke semasa supaya murid tidak cepat jemu. Di samping itu, guru perlu mengingatkan murid akan tujuan sebenar mereka belajar supaya mereka tidak semata-mata mengharapkan ganjaran tetapi tidak mendalami apa yang dipelajari dengan sepenuhnya.
Mengemaskini sistem ganjaran token sedia ada menjadi satu sistem ganjaran yang lebih padat dan sistem pembahagian token lebih bersistematik dan menarik.
Dibentangkan Oleh :Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581) dan Suryatee binti Abd Rashid (P48696)
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Setapak
Tujuan kajian
Kajian dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan islam dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
Objektif dan Persoalan kajian
Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (PBG).
Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.
Prosedur Kajian
Mengenal pasti masalah melalui pemerhatian dan kumpul data melalui soal selidik dan soalan pre-test
Merancang dengan menggunakan kaedah Pembelajaran koperatif
Tindakan diambil dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang (sambil membuat pemerhatian)
Refleksi dibuat berdasarkan pemerhatian soalan post-test, soal selidik, dan senarai semak serta membuat penambahbaikan
Dapatan Kajian
Kajian dilakukan dengan menggunakan data kualitatif dan kuantitatif.
Kualitatif dapat diambil daripada refleksi guru, penilaian guru mata pelajaran dan penilaian pensyarah
Kuantitatif pula dilakukan dengan soalan Ujian Pre-test & Post-test, senarai semak dan soal selidik Pre-Test (PBG) dan Post-Test (PBP)
Cadangan Penambahbaikan Kajian dan Kesimpulan
Menambah tempoh kajian dan P&P menggunakan kaedah koperatif. Hal ini akan memperkukuhkan data dan melakukan kajian yang lebih mendalam dalam aspek kaedah koperatif.
Menggunakan pemerhatian melalui rakaman video supaya dapatan kajian lebih terperinci.