BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan

Matlamat, Objektif dan Persoalan Kajian: 
Tajuk Mini Kajian Tindakan:
Penggunaan Kad Imbasan dan Perisian Komputer Dalam P&P



Pengenalan:

Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.

Matlamat
Meningkatkan insrtumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.

Objektif
  • Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru
  • Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
  • Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan
  • Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
  • Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer
Persoalan kajian
  • Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
  • Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
  • Adakah melalui penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyamapikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?

Aktiviti 8: Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan

CADANGAN UNTUK TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
PENGAPLIKASIAN KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P

Cadangan:
  1. Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisian komputer. Guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisian komputer yang digunakan
  2. Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
  3. Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan
Cadangan Kumpulan:
  • Melalui penggunaan kad imbasan guru boleh memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik serta perkataan agar membolehkan pelajar mengecam gambar dan perkataan yang sesuai.
  • Melalui penggunaan perisian komputer pula guru boleh menunjukkan kepada pelajar untuk mengenal bahan atau peralatan yang ditunjukkan. 
  • Guru juga boleh menggunakan perisian komputer untuk mengajar teori untuk mengelakkan pelajar bosan.
  • Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisisn komputer seperti guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisisn komputer yang digunakan
  • Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
  • Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan

Cadangan Ahli Kumpulan Lain :
  • Mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru.
  • Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka.
  • Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca.
  • Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi.
  • Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

    Aktiviti 7: Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan

    KELEMAHAN TAJUK MINI KAJIAN:
    Pengaplikasian Kad Imbasan Dan Perisian Komputer Dalam P&P

    Refleksi Individu:

    1) Bahasa Melayu
    • Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan perisian komputer dalam mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
    • Pelajar bermasalah pembelajaran kurang didedahkan dengan ICT dan ini menimbulkan masalah untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P. Sekiranya  guru mahu mengaplikasikan perisian komputer dalam P&P bahasa Melayu, guru perlu membimbing pelajar untuk menggunakan ICT terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan P&P terganggu.
    • Selain itu, pelajar bermasalah Pembelajaran juga mengalami masalah bacaan dan tulisan. kebanyakan mereka memahami isi pengajaran namun sekiranya diminta membaca teks, mereka akan mengalami masalah apatah lagi untuk menulis ayat.
    2) ICT
    • Kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran tidak menyediakan pengajaran bagi matapelajarn ICT. 
    • Dari pemerhatian, majoriti sekolah hanya mempunyai sebuah komputer dan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pengajaran ICT. 
    • Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan penerokaan perisian komputer dalam mengajar ICT kepad pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. 
    • Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
    3) Kemahiran Hidup
    • Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru.
    • Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan.
    • Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang diajar oleh guru.
    • Penggunaan kad imbasan yang sama akan membosankan pelajar.
    Refleksi Berkumpulan:

    • Kekangan masa
    • Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja
    • Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer
    Refleksi Ahli Kumpulan Lain:
    • Tajuk mini kajian tindakan perlulah lebih dispesifikkan nama matapelajaran dan bukan P&P. 
    • Akan tetapi kami merasakan mini kajian adalah dilakukan untuk matapelajaran secara general bukan hanya dispesifikkan untuk beberapa matapelajaran sahaja. Ini kerana melalui mini kajian tindakan ini, apa yang kami ingin mengkaji ialah tahap kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan melalui perbuatan mereka dengan menggunakan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai medium untuk mereka menyalurkan apa yang mereka faham terhadap isi pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.

      Aktiviti 6: Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan

      KEKUATAN TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
      PENGAPLIKASIAN KAD IMBASAN DAN PERISIAN KOMPUTER DALAM P&P

        Refleksi individu :
        Sepanjang melakukan aktiviti khidmat masyarakat di sekolah program pendidikan khas integrasi iaitu di SMK Kajang Utama dan SMK Salak Tinggi, saya mendapati penggunaan komputer dalam P&P adalah amat kurang. Oleh itu majoriti pelajar bermasalah pelajaran kurang pendedahan terhadap ICT. Mereka menunjukkan minat terhadap ICT apabila diperkenalkan terutama ketika ujian diagnostik dijalankan. Namun, mereka tidak berpeluang untuk lebih mengenali bahan ICT kerana kekangan masa dan teknikal. Oleh itu, dengan adanya gabungan penggunaan kad imbasan dan pengunaan perisian komputer ini, dirasakan amat bersesuaian kepada pelajar ini terutama dalam meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam P&P.

        Dalam menjalankan mini kajian tindakan ini, matlamat utama adalah menguji sejauhmana kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang telah guru sampaikan. Seperti yang diketahui, majoriti pelajar bermasalah pembelajaran tidak tahu membaca tetapi ada diantara mereka yang mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap isi pengajaran. Oleh itu penggunaan kad imbasan dan perisian komputer ini dirasakan bersesuaian untuk membantu guru menguji kefahaman pelajar. Kad imbasan yang berbagai mampu menarik minat pelajar untuk belajar malah akan lebih mudah memahami sebarang konsep yang diajar oleh guru. Gabungan antara ICT dan kad imbasan akan membentuk P&P yang bagus dan berpusatkan pelajar.

        Refleksi Berkumpulan:
        1. Penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan melibatkan pelajar.
        2. Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman bagi memberi pemahaman dan penghayatan nilai terhadap P&P
        3. Menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dalam menghasilkan BBM dengan menggunakan aplikasi IT.
        4. Memberi pendedahan asas kepada pelajar yang kurang mahir @ 'buta IT' terutamanya kepada pelajar di luar bandar yang agak ketinggalan dalan hal berkaiatan IT. Jadi sebagai seorang guru, tugas untuk merapatkan jurang keseimbangan pengetahuan IT di antara pelajar di bandar dan luar bandar akan dapat dilaksanakan.
        5. Menggalakkan penghasilan ABM yang lebih kreatif oleh pelajar sendiri.
        6. Menarik perhatian pelajar di dalam kelas untuk terlibat dengan sepenuhnya semasa proses P&P dijalankan dan sebagai langkah mempelbagaikan bentuk pengajaran di dalam kelas.
        Refleksi Ahli Kumpulan Lain:
        1. Membantu pelajar menghasilkan nota, latihan dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi IT.
        2. Memberi pendedahan asas kepada pelajar di luar bandar yang agak ketinggalan dalan hal berkaitan IT dan seterusnya merapatkan jurang keseimbangan pengetahuan IT di antara pelajar di bandar dan luar bandar.
        3. Menggalakkan pelajar berfikiran kreatif.

          Friday, November 13, 2009

          Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

          KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN TERHADAP GURU PELATIH / NOVIS / PENGALAMAN

          Berikut adalah pendapat mengenai kepentingan kajian tindakan terhadap guru pelatih/novis/berpengalaman , iaitu:
          1. Guru akan sentiasa memperbaiki mutu P&P
          2. Guru akan mendapat idea untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P
          3. Kajian tindakan dapat membantu guru dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
          4. Kajian tindakan dapat membantu guru untuk berperanan secara aktif dalam pembangunan pendidikan di Malaysia
          5. Guru akan menjadi semakin peka terhadap persekitaran P&P
          6. Menanamkan sikap mengkaji dalam diri guru
          7. Hasil dapatan kajian tindakan guru boleh berkongsi bersama guru yang lain dengan itu penambahbaikan terhasil melalui gabungan idea yang berbeza dan bermutu
          8. Guru akan sentiasa membuat refleksi pada setiap P&P yang dilakukan bagi mencari kelemahan yang perlu diatasi
          9. Melalui kajian tindakan, guru dapat menanamkan budaya membaca dalam diri
          10. Melalui kajian tindakan guru lebih memahami dan mendekati keperluan pembelajaran pelajar


          TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN KUMPULAN
          PENGGUNAAN KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P

          Pengenalan :

          Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.

          Relevan :
          1. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P
          2. Melalui kad imbasan, guru dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
          3. Perisian komputer iaitu gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P
          4. Perisian komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif

          Aktiviti 4: tugasan 4 mini KT

          Kemukakan apakah cadangan mini kajian tindakan yang anda ingin lakukan dalam pengajaran mikro yang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran?

          Nama ahli:
          Nor Afifah Binti Yaacob (P52009)
          Huda Suhaily Binti Adam (P51958)
          Wan Noraini Binti Wan Muhammad (P51992)

          Tajuk mini kajian:
          Penggunaan Kad Imbasan Dan Perisian Komputer Dalam P&P

          Pengenalan:
          1. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih.
          2. Kad imbasan ini digunakan oleh guru ketika diperingkat set induksi, isi pengajaran atau penutup sepanjang P&P dijalankan.
          3. Gabungan kad imbasan dan perisisan komputer iaitu Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan membantu mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar dalam P&P.
          4. Perisian komputer boleh digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran dan menjalankan aktiviti yang melibatkan pelajar.
          Sampel:
          • Pelajar bermasalah pembelajaran

          Aktivititi 3 – tugasan 3 - kolokium

          Bincangkan 2 kajian tindakan yang dilaksanakan oleh peserta dalam kolokium 09.
          Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan? Nyatakan sebab?
          1. Meningkatkan Kesungguhan Dan Ketekunan Belajar Menggunakan Teknik Ganjaran (Token) Di Kalangan Murid Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
          2. Mempertingkatkan pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif.
          Bagi kedua-dua kajian tersebut, ia amat sesuai dijadikan kajian tindakan kerana:
          Kajian pertama:
          • Meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar menggunakan teknik ganjaran (token) di kalangan murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
          • Mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar.
          • Memberi ganjaran kepada murid yang berjaya mencapai tingkahlaku sasaran.
          • Mengurangkan tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar
          Kajian kedua:
          • Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (PBG).
          • Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
          • Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.
          Sekiranya dilihat kepada kedua-dua huraian kajian diatas, kajian ini perlu diperkembangkan agar dapat menghasilkan beberapa penambahbaikan bagi kepentingan generasi akan datang.
          1. Dari segi tajuk: Ia sesuai kerana kajian tindakan melihat kepada proses. Kajian tindakan ini menggunakan perkataan meningkatkan (meningkatkan kesungguhan dan mempertingkatkan pencapaian) yang menjurus kepada satu penambahbaikkan daripada P&P sedia ada. Namun perkataan meningkatkan ini tidak wajib wujud. Ayat ini boleh dipendekkan tanpa memasukkan perkataan 'meningkatkan'.
          2. Pengkaji mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik Ganjaran (Token) dan Kaedah Pembelajaran Koperatif. Ini menunjukkan cara atau usaha penambahbaikan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap pelajar.