BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 14: Tugasan 1: Sumber dan Analisis Data


BAGAIMANA DATA DARI PELBAGAI SUMBER DAN TEKNIK DIANALISIS ?

Pemerhatian yang dilakukan terhadap pelajar dan menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian mampu memberikan pemahaman mengenai sikap,nilai, dan pendapat pelajar. Dengan kehadiran data-data ini akan dapat membantu guru dalam meningkatkan mutu P&P.


KAEDAH KUALITATIF
Pendekatan kualitatif pula berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi bilangan responden yang kecil . 

Kaedah ini merangkumi diskriptif, kumpulan data tidak bernombor dan melakukan pemeriksaan terhadap maklumat (pemahaman). Jenis maklumat yang dikumpulkan melalui pendekatan kualitatif adalah mendalam (detail), kebiasaanya mempunyai deskripsi yang mendalam dan berdasarkan persoalan yang kompleks.

Dalam mencapai pemahaman tentang perhubungan maksud dan gaya dalam kajian yang dilakukan, pengkaji akan melakukan temubual dengan pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai pandangan dan perasaan mereka dalam permasalahan yang dikaji.

Pendekatan kualitatif melibatkan apa yang diperhatikan dan disokong oleh pernyataan mengenai apa yang diperhatikan oleh mereka yang terlibat (pelajar).


Analisis data kualitatif

Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami. Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data, mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.

Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:

Menguruskan (Organization)

Langkah pertama dalam menganalisis data kualitatif ialah menguruskan data yang diperolehi. Apabila pengkaji memperoleh data daripada temubual, nota dan sebagainya, pengkaji akan merasakan data yang diperolehi adalah terlalu banyak dan keliru (information overload). Menyusunkan data-data ini secara sistematik adalah langkah pertama yang perlu pengkaji lakukan. Pengkaji perlu membuat keputusan terhadap sistem kategori data yang digunakan yang membolehkan data-data yang memberikan maklumat yang sama jenis dikategorikan dalam kumpulan yang sama. Untuk memudahkan pengkaji mengkategorikan data-data yang sama dalam kumpulan yang sama, adalah penting bagi pengkaji dalam melakukan klasifikasi istilah-istilah digunakan ketika proses pengumpulan data dilakukan. Sebagai contoh, guru mendapati bahawa kategori asal dalam pemgumpulan data yang dilakukan adalah terlalu luas dan beliau telah mengambil langkah untuk mewujudkan sub kategori. Guru tersebut menguruskan data-data tersebut penggunaan tema seperti “Kerjasama”, Pendedahan Peribadi” dan “Komen yang tidak Relevan”. Istilah-istilah ini boleh digunakan seperti suatu label dalam mengumpulkan/klasifikasikan data-data yang bersesuaian dengan label-label tersebut.

Penerangan/gambaran (Description)
Data-data yang telah dikategorikan perlu dicirikan dan penerangan ini dapat menunjukkan sejauh mana tahap sesuatu tingkahlaku itu dicapai atau tidak dicapai. Data pada peringkat ini boleh digunakan oleh guru dalam mengkaji sejauh mana keberkesanan P&P mereka. Sebagai contoh, seorang guru menjalankan kajian tindakan terhadap permasalahan berkaitan dengan “kekurangan produktiviti pelajar apabila berada dalam kumpulan kooperatif”

Interpretasi (Interpretation)
Selepas ciri-ciri data dikenalpasti dan difahami, langkah yang seterusnya ialah menginterpretasikan data. Pengkaji akan melihat perhubungan tingkah laku/situasi dengan maksud yang diberikan dari data yang diperolehi. Melalui penerangan data-data yang diperolehi, pengkaji akan dapat maklumat mengenai apakah yang dijangkakan, tidak dijangkakan, cabaran dalam permasalahan kajian yang dilakukan. Pengkaji seterusnya boleh memikirkan bagaimana data yang diperolehi dapat memberikan impak terhadap praktis sedia ada yang dilakukan olehnya, bolehkah data ini dikongsi dengan pelajar-pelajarnya? adakah kajian ini dapat memberikan idea untuk guru mengubahkan kaedah yang digunakan? dan adakah data yang diperoleh menunjukkan guru perlu membuat penambahan terhadap persoalan kajian untuk masa depan?. Kesemua persoalan-persoalan ini perlu difikirkan oleh guru ketika melakukan analisis data.

KAEDAH KUANTITATIF
Pendekatan kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian, ia boleh melibatkan responden yang besar.
Langkah-langkah penting dalam analisis data kualitatif ialah:

Menggunakan statistik deskriptif
Statistik Deskriptif adalah suatu rangkaian proses pengumpulan, penyajian, dan, peringkasan berbagai karakteristik data, dengan tujuan mengkomunikasikan data tersebut, agar dapat menjadi informasi yang bermanfaat. Statistik deskriptif penting bagi seorang guru sebagai pengkaji kerana ia merupakan cara atau kaedah mengurus dan menyenaraikan data yang baik.

Pemusatan kecenderungan murid (Central Tendency)
Contoh: sekiranya guru ingin ingin melihat prestasi seseorang murid untuk sesuatu tempoh masa tertentu, guru akan memilih untuk menggunakan statistik ini bagi melihat tahap pencapaian murid tersebut.
Central Tendency adalah ukuran terpusat dari data tersebut, yang diangggap mewakili seluruh nilai atau menggambarkan semua data yang ada.
Ukuran-ukuran Central Tendency :
1. Mean : Rata-rata data
2. Median : Titik tengah data
3. Modus : Data yang memiliki frekuensi yang paling banyak.

Mengenalpasti taburan data
Dari data yang diperolehi dari Central Tendency, guru akan mengetahui cara untuk mengenalpasti perbezaan kelas data. Contoh: tidak semua pelajar dalam kumpulan 1 (rujuk data) berkongsi skor markah yang sama.
Median
Kumpulan 1
90
90
90
90
91
92
92
92
93
Kumpulan 2
70
73
70
60
91
97
98
95
98

Mengenalpasti julat data
Perbezaan antara data yang terbesar dan data yang terkecil.  Contoh: kumpulan 1 mendapat julat data sebanyak 15 (20-5) dan kumpulan 2 mendapat julat 3 (8-5)
Median
Kumpulan 1
5
6
7
8
9
20
Kumpulan 2
5
6
7
8
9
8

Sisihan piawaian (The Standard Deviation)

Pengukuran statistik terhadap taburan data dalam min. Berdasarkan data yang diperolehi dalam julat data, penilaian akan dibuat untuk mengenalpasti perbezaan skor bagi setiap kelompok. Sekiranya penilaian dibuat dalam dua kelompok data, dari segi piawaian dan  julat data, ia nyata berbeza diantara satu sama lain.

ERIKSON : SASARAN UNTUK MENGANALISIS DATA KUANTITATIF DAN KUALITATIF
Tahap 1: kepercayaan lawan ketidakpercayaan
Tahap 2: Autonomi lawan malu dan ragu-ragu
Tahap 3: Inisiatif lawan rasa bersalah
Tahap 4: Industri/ kecekapan lawan rendah diri
Tahap 5: Identiti lawan kekeliruan peranan
Tahap 6: Intim lawan pengasingan
Tahap 7: Generativiti lawan kekakuan
Tahap 8: Ego/integriti lawan kekecewaan

PERBEZAAN KAEDAH KUALITATIF DAN KUANTITATIF
Secara umum kaedah utama kajian tindakan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif .

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.


Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. 
 

Dalam kajian ‘sekularisasi’, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif.

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4: Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
    1. Apakah teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)

    • Kaedah inkuiri
    Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.
    • Kaedah Perbincangan.
    Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.
    Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.
    Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.
    • Kaedah Sumbangsaran
    Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan setiap ahli kumpulan berfikit secara kreatif dan aktif. Otak diperah untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea , pendapat dan pandangan yang dikemukan tidak boleh ditolak, walaupun idea-idea tadi kurang memuaskan dan tidak bermutu. Idea-idea itu harus diterima dan diperkemas kemudiannya. Murid-murid digalakkan menghuraikan pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang dicadangkan oleh seorang murid diperkembangan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi mengembang keperingkat yang lebih tinggi.
    • Kaedah Main Peranan
    Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.
    • Kaedah Simulasi.

    Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Ia memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
    • Kaedah pengajaran berpandukan Kognitif (CGI- Cognitively Guided Instruction)

    Pengajaran Berpandukan Kognitif merupakan satu pendekatan dalam pengajaran matematik yang menggalakkan suasana pembelajaran aktif (active learning) ,yang bermakna (meaningful), dapat membina pemikiran aras tinggi, berkesan dan berasaskan penyelidikan.Para guru menggunakan pendekatan pengajaran berpandukan kognitif berhasrat membantu pelajar untuk belajar secara lebih bermakna dan mengembangkan pemikiran aras tinggi. Dengan cara ini dapat membantu mereka membina apa yang pelajar tahu dan membantu mereka belajar dari rakan dalam kumpulan masing-masing. Dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran ini para guru perlu tahu dan memahami bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar dalam penyelesaian masalah sebelum mereka diajar prosedur-prosedur formal.

    2. Bina kerangka teoritikal/ konseptual / operasional kajian

    Kerangka Teoritikal

    Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu:
    • Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.
    • Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah demonstrasi  
    Kajian ini melihat kaedah demonstrasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

    Konseptual dan Operasional kajian
    • Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.
    • Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.
    Kerangka Konseptual

    • Demonstrasi - Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
    • Simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997)

    Aktiviti 12: Pemurnian

    Berdasarkan Maklum Balas, buat Penambahbaikan dari Segi Penyataan Masalah, Tujuan dan Objektif Kajian.
    Pernyataan Masalah:
    • Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan?
    • Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?
    • Adakah melalui kaedah demonstrasi, kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?
    Tujuan
    • Meningkatkan insrtumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.
    Objektif

    • Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru
    • Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar
    • Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan
    • Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan
    • Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer

    Aktiviti 11: Tugasan 2: Jurnal

    Berdasarkan 3 jurnal:
    1. Apa pernyataan masalah dalam Kajian?
    2. Bagaimana mereka melaporkan pernyataan masalah?
    3. Bincang, bentang dan laporkan.

    Jurnal 1:
    Action Research
    By Eileen Ferrence
    Jurnal ini mengkaji tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru dalam melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah bagi mempertingkatkan mutu P&P yang dilakukan olehnya. Permasalahan kajian ialah masalah pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan bagaimana untuk meningkatkan kemahiran menguasai bahasa Inggeris dengan baik di kalangan pelajar. Pengkaji melaporkan pernyataan masalah melalui prosedur kajian iaitu mengenal pasti masalah yang berlaku, mengumpulkan dan mengorganisasikan data, pentafsiran data, tindakan berasaskan data dan refleksi.

    Jurnal 2:
    How to do Action Research in Your Classroom.
    By: Frances Rush And Christopher Clark.
    Jurnal ini mengkaji tentang bagaimana prosedur untuk melakukan kajian tindakan didalam bilik darjah. Pernyataan masalah yang dinyatakan ialah melalui: membuat persetujuan – dipanggil inkuiri, membina reka bentuk kajian – soalan dan jawapan, memahami pengalaman – data dan analisis, membuat permulaan semula – baru dan soalan lebih baik seterusnya memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman.

    Jurnal 3:
    Teaching Action Research on the Web.
    By: Ian Hughes
    Jurnal ini membincangkan mengenai kajian tindakan yang dilakukan terhadap pelajar dan kakitangan sebuah universiti melalui penggunaan laman web. Kertas cadangan untuk projek pengajaran. Pernyataan masalah adalah melalui refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran. Selain itu, pengkaji juga menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian. Seterusnya pengkaji akan mereka bentuk untuk terbitan elektronik sehinggalah ke bahagian menulis dan menghantar laporan kajian tindakan.

    Aktiviti 10: Tugasan 1: Buku

    MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN


    • Berdasarkan buku Teacher as Reflective Practitioner  and Action Researcher:
    Dalam kajian tindakan, guru perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menentukan tahap pencapaian kepuasan hasil dari kajian tersebut. Melalui masalah ini juga, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.
    Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.
    Guru mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme dan mengenalpasti kajian lepas untuk dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P
    Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
    Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.