BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2: TUGASAN 2 -JURNAL


TAJUK:

Jurnal 1:
Action Research
(Kajian Tindakan)
By Eileen Ferrence


Jurnal 2:
How to Do Action Research in Your Classroom
(Bagaimana Untuk Menjalankan Kajian Tindakan Di Dalam Bilik Darjah Sendiri)
By Frances Rust and Christopher Clark


Jurnal 3:
Teaching Action Research on the Web
(Mengajar Kajian Tindakan dalam Laman Web)
By Ian Hughes
SAMPEL:

1.        Pelajar pra-sekolah hingga tahap empat yang terletak di tengah bandar yang mempunyai seramai 530 orang pelajar.



1.        Sampel yang digunakan dalam kajian tindakan adalah pelajar sekolah.



1.        Pelajar dan staf universiti.
2.        Dijalankan pada setiap tahun iaitu 1994 hingga 2000. Kajian yang dijalankan sebelum tahun akademik bermula dalam bulan Februari di Australia. Kajian Tindakan ini adalah kajian jangka panjang.

LOKASI (SETTING):

Dijalankan di dalam bilik darjah di sekolah untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.



Lokasi yang digunakan untuk menjalankan dalam kajian tindakan adalah di dalam bilik darjah.



Lokasi yang dijalankan adalah di universiti dengan menggunakan web internet komputer.
PROSEDUR:

1.        Mengenal pasti masalah yang berlaku
2.        Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3.        Pentafsiran data
4.        Tindakan berasaskan data
5.        Refleksi

1.        Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2.        Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3.        Memahami pengalaman – data dan analisis
4.        Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5.        Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman



1.         Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2.         Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3.         Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4.         Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5.         Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan

PENGUMPULAN DATA:

Temu duga, diari, portfolio, nota lapangan, gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, survei dan sampel dari projek pelajar.




Soal selidik , pemerhatian, survey, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot.



Pemerhatian, menggunakan web internet komputer, soalan dan kajian perpustakaan.


ANALISIS DATA:

Menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan. Data yang dapat dijumlahkan dan boleh dianalisis tanpa menggunakan statistik atau bantuan teknikal. Data seperti pendapat atau senarai semak boleh digunakan dalam jadual.



Menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan bagi memudahkan untuk mendapatkan maklumat.



Menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual untuk melihat keputusan yang diperoleh sepanjang menjalankan kajian tindakan.


PENILAIAN PERBEZAAN ARTIKEL:
Artikel yang dikaji amat sesuai untuk dibaca kerana banyak memberi input bermanfaat dan berguna yang berkaitan dengan kajian tindakan kepada pembaca dengan menggunakan berbagai pendekatan bagi menjalankan kajian tindakan.

Ketiga-tiga artikel ini menggunakan prosedur yang berbeza untuk menjalankan kajian tindakan dan memberi idea serta pengetahuan kepada pembaca dan amat sesuai digunakan dalam kajian tindakan.

Teknik pengumpulan dan analisis data terdapat ketiga-tiga artikel dapat memberi idea kepada pembaca yang hendak menjalankan kajian tindakan yang lebih baik dan berkesan.

Penulis ketiga-tiga artikel ini memberi pendapat dan contoh yang boleh menjadi panduan kepada pembaca untuk menjalankan kajian tindakan dengan lebih berkesan.

Pengkaji kajian tindakan disarankan agar lebih banyak membaca artikel agar dapat menambahkan lagi pengetahuan untuk menjalankan kajian tindakan pada masa hadapan. Satu guru satu kajian tindakan.




Analisis tambahan untuk 9 Jurnal:
NOR AFIFAH BINTI YAACOB
Jurnal 1: Action Research. By: Eileen Ferrence

Jurnal ini menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seorang guru dalam melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah bagi mempertingkatkan mutu P&P yang dilakukan olehnya. Guru berperanan sebagai seorang pengkaji dalam kajian tindakan. Dalam jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Sampel pelajar ialah seramai 530 orang pelajar (merangkumi pelajar pra-sekolah sehinggalah pelajar tahap empat). Pengkaji menggunakan 5 peringkat (prosedur) dalam menjalankan kajian tindakan ini iaitu :

1)Mengenal pasti masalah yang berlaku
2)Mengumpulkan dan mengorganisasikan data
3)Pentafsiran data
4) Tindakan berasaskan data
5) Refleksi

Pengkaji menggunakan beberapa kaedah/bahan dalam mengumpulkan data-data kajian seperti temu duga, diari, portfolio, nota lapangan. Gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, tinjauan kajian dan sampel projek pelajar. Bagi tujuan menganalisis data yang diperolehi pula pengkaji tidak menggunakan statistik atau bantuan teknikal.Pengkaji menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan dan memaparkan dalam bentuk jadual.

Jurnal 2: How to do Action Research in Your Classroom. By: Frances Rush And Christopher Clark.

Jurnal ini mengenai kajian tindakan yang dilakukan di bilik darjah (sekolah) dan sanpel kajian ini ialah pelajar sekolah.Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan ialah seperti berikut :

1) Membuat persetujuan – dipanggil inkuiri
2) Reka bentuk kajian – soalan dan jawapan
3) Memahami pengalaman – data dan analisis
4) Permulaan semula – baru dan soalan lebih baik
5) Memperbaiki latihan – pengajaran daripada pengalaman

Pengkaji iaitu guru yang mengajar di bilik darjah tersebut melakukan penggumpulan data dengan menggunakan soal selidik, pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot. Bagi memaparkan hasil dapatan kajian tindakan pengkaji menggunakan carta, graf dan jadual untuk memberi gambaran tentang data yang dikumpulkan.

Jurnal 3: Teaching Action Research on the Web. By: Ian Hughes

Jurnal ini membincangkan mengenai kajian tindakan yang dilakukan terhadap pelajar dan kakitangan sebuah universiti melalui penggunaan laman web. Prosedur bagi kajian tindakan ini ialah melalui 5 peringkat iaitu :

1) Kertas cadangan untuk projek pengajaran
2) Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran
3) Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian.
4) Reka bentuk untuk terbitan elektronik
5) Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, menggunakan laman web, soalan dan kajian perpustakaan bagi melakukan pengumpulan data bagi permasalahan yang dikaji. Bagi mempamerkan hasil dapatan kajian , pengkaji menggunakan peratusan dan mempamerkan dalam bentuk jadual.

WAN NOORAINI BINTI WAN MUHAMMAD

Jurnal 1: Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers. By : Alcione N. Ostorga and Veronica Lopez Estrada.
Jurnal ini menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Kajian ini dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran terutama dari segi kekurangan inisiatif oleh guru-guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa. Dalam melakukan pengumpulan dan penganalisan data kajian ini, pengkaji pada peringkat permulaan telah mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigm, kemudian mengumpulkan data dalam kajian ini tdengan menggunakan penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, daripada tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian.

Perbincangan akhir dilakukan dengan menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar yang dijemput untuk membincangkan tentang bahagian-bahagian kursus yang membantu dan yang tidak mempengaruhi.Selepas itu analisis data dilakukan dengan pengkaji menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalan-amalan pengajaran dalam kursus berikutnya. Kitaran ini tidak berhenti setakat itu sahaja akan tetapi dilakukan secara berulang-ulang sebanyak tiga kali sebelum model pengajaran yang disampaikan dalam bahagian terdahulu itu timbul. Pengkaji memaparkan dapatan kajian berdasarkan dua kajian kes yang dijalankan oleh pelajar dengan membuat penilaian bagi kedua-dua hasil yang diperolehi. Perbandingan hasil daripada kajian kes yang dilakukan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pembuktian terhadap data yang digunakan.

Jurnal 2: Minute Math: An Action Research Study Of Student Self-Assessment. By: Susan M. Brookhart, Marissa Andolina, Megan Zuza and Rosalie Furman
Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk melihat pencapaian kendiri pelajar melalui satu perlaksanaan projek iaitu “Minit matematik”. Projek ini dijalankan dengan melibatkan pelajar-pelajar meramal dan melihat graf skor pencapaian mereka dalam tempoh masa satu minggu sekali semasa ujian dilakukan yang merangkumi 0-9 fakta pendaraban yang melibatkan sifir matematik. Pelajar juga dapat melihat kemajuan dan kejayaan mereka menghafal tugasan pembelajaran dan strategi-strategi dalam menyelesaikan masalah. Penilaian kendiri pelajar di anggap berjaya pada pusingan di mana pelajar dapat memantau pengajian metematik mereka sendiri. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah pelajar dilihat kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah, oleh itu pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik. Sampel kajian tindakan ini adalah terdiri daripada empat puluh satu orang pelajar di dalam dua kelas-kelas tangga ketiga, termasuk pelajar pendidikan khas. Projek kajian tindakan dikendalikan bersama oleh dua penyelia Universiti, tiga orang guru dan tiga bakal guru.
Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam melakukan kajian tindakan ini, iaitu pertamanya: konteks sekolah dan para peserta, keduanya: Prosedur dan peralatan. Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan. Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza. Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar. Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui 2 kriteria bagi kelas yang berbeza.Pengkaji memaparkan dapatan kajian tindakan ini melalui penggunaan carta bar dan jadual.


Jurnal 3: Raising School Attendance: A Case Study of Good Practice in Monitoring and Raising Standard. By: Ken Reid
Jurnal ini membincangkan isu pengurusan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar ketidakhadiran dan ponteng di sekolah. Permasalahan yang dikaji dalam kajian tindakan ini ialah peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah serta punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng. Prosedur yang dilakukan oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini ialah melalui pemilihan memilih sample yang terlibat iaitu sekolah-sekolah di England, kemudian pengkaji mengumpulkan data (melalui mesyuarata yang diadakan), kemudian pengkajia menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng. Pada peringkat pengumpulan data dan penganalisisan data, pengkaji mengadakan mesyuarat terancang selama 2 hari dengan semua sekolah (sampel) bagi mengenalpasti tahap kehadiran pelajar. Mesyuarat ini melibatkan ketua-ketua guru, kakitangan sekolah kanan, pegawai-pegawai kebajikan pendidikan dan kakitangan sokongan LEA.Dalam mesyurat terbabit mereka bersama-sama menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng dan tidak hadir.Guru-guru kemudiannya telah mempelbagaikan pendekatan untuk mengurangkan ketidakhadiran iaitu secara lembut dan tegas. Pengkaji telah menggunakan jadual untuk memaparkan data.

HUDA SUHAILY ADAM
Jurnal 1: Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study. By: Johannes C. Cronje
Jurnal ini menerangkan tentang pengkaji sebagai seorang guru berusaha untuk menyelesaikan masalah pelajarnya yang berlainan penggunaan bahasa dengan pengkaji. Pengkaji melihat pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik dan pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran walaupun pengkaji menggunakan bahasa yang berbeza. Melalui kajian ini didapati bahawa guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata. 

Jurnal 2: An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom. By: Courtney Kosky
Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar melalui penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dikalangan pelajar gred 6. Pengkaji ingin menilai sejauhmana penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dapat menarik minat mereka dalam melakukan tugasan mereka dalam keadaan yang seronok. Melalui aktiviti seni guru juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Selain itu bagi matapelajaran yang berfokuskan kepada pengetahuan am dan fakta seperti matapelajaran sosial ini pengunaan aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang bersesuaian dalam membantu pelajar mendapatkan pemahaman yang baik terhadap isi pengajaran.

Jurnal 3: The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge. By: Marilyn Joshua
Jurnal ini menerangkan mengenai pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P terhadap kemahiran penulisan pelajar. Hasil kajian tindakan ini memberikan gambaran bahawa apabila guru memilih tugasan menulis adalah penting bagi guru dalam mengkaji bahawa yang manakah berkesan samada penggunaan prompt yang digabungkan dengan gambar atau penggunaan prompt sahaja dalam meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajar.

1 comment: