BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Tugasan 4: Konsep Kajian Tindakan

Definisi:
‘Daripada perspektif pendidikan…inkuiri reflektif berdisiplin dalam konteks yang berfokus dan usaha sistematis untuk menpercepatkan pemahaman kita terhadap polisi pendidikan, amalan, intervensi dan program, serta menjana dan melestari kemajuan di sekolah’
Daripada Tuan Pengarah
Pelajaran Negeri Johor (09)


Gay &Airasian (2000) mengatakan “…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them.” h. 593
Manakala Craig (2004) mensifatkan kajian tindakan sebagai “research for the sake of taking action.”


Konsep Kajian Tindakan
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat:
  1. Cuba jaya dan berterusan.
  2. Penglibatan pengamal (pengurus sekolah atau guru):
    • membuat intervensi ,
    • langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir, dan kesedaran yang baru. 
      3.  Dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan                
                i. Memperbaiki amalan kerja,
               ii. Menambah kefahaman baru, dan
              iii. Meningkatkan profesionalisme dalam profesion 
                   perguruan.


Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri. Kajian ini juga dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial pengamal (guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri.


Tujuan kajian tindakan adalah untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Kepentingan Kajian Tindakan menurut Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
  • Menyegerakan perubahan di bilik darjah dan sekolah
  • Inkuiri sistematis dan berdisiplin
  • Memberi kuasa kepada individu melalui pasukan yang kolaboratif
  • Menggalakkan refleksi dan amalan pembelajaran
  • Alat untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang profesional
  • Mencari jalan untuk merapatkan jurang antara visi dan amalan

No comments:

Post a Comment