Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
Permasalahan Kajian
- Guru sering berhadapan dengan pelbagai ragam dan masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran yang menunjukkan perlakuan agresif, perlakuan pasif, perlakuan negatif sosial dan permasalahan emosi
- Guru perlu membuat satu program pengurusan tingkahlaku bagi mengubahsuai tingkahlaku bermasalah terbabit
- Bagi meningkatkan kesungguhan dan ketekunan murid belajar, teknik ganjaran melalui pemberian token telah diadaptasikan dalam kajian ini
Objektif Kajian
Obejektif kajian pula dilakukan dengan mengambil kira objektif am dan objektif khusus.
- Objektif Am ialah meningkatkan kesungguhan dan ketekunan belajar menggunakan teknik ganjaran (token) di kalangan murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar.
- Objektif Khusus pula ialah berkaitan mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar, memberi ganjaran kepada murid yang berjaya mencapai tingkahlaku sasaran dan mengurangkan tingkahlaku bermasalah yang mempengaruhi kesungguhan dan ketekunan belajar
Metodologi Kajian
- Mengenalpasti tingkah laku yang hendak diubah
- Membuat pemerhatian dan merekod tingkahlaku
- Menentukan tingkahlaku sasaran yang hendak dicapai
- Memilih strategi yang perlu digunakan
- Menentukan ganjaran
- Menjalankan program
- Melakukan penilaian secara berterusan
- Memastikan supaya tingkahlaku negatif tidak berulang
- Membuat refleksi
Dapatan Kajian
- Didapati bahawa sistem ganjaran berkesan kerana boleh mengurangkan tingkahlaku negatif dan seterusnya meransang ketekunan murid belajar
- Murid menjadi lebih bersemangat dan bersaing secara sihat untuk mengumpul markah yang tinggi supaya dapat ditukarkan dengan token
- Pengurangan tingkahlaku negatif dapat mengurangkan gangguan di dalam kelas, meransang aktiviti pembelajaran supaya dapat berjalan dengan lancar, guru dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap topik yang diajar dan murid dapat menghayati topik yang dipelajari
Cadangan Penambahbaikan dan Kesimpulan
- Strategi pemberian token sebagai ganjaran boleh dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan kelas-kelas pendidikan khas dan aliran perdana.
- Ganjaran perlu dipelbagaikan dari semasa ke semasa supaya murid tidak cepat jemu. Di samping itu, guru perlu mengingatkan murid akan tujuan sebenar mereka belajar supaya mereka tidak semata-mata mengharapkan ganjaran tetapi tidak mendalami apa yang dipelajari dengan sepenuhnya.
- Mengemaskini sistem ganjaran token sedia ada menjadi satu sistem ganjaran yang lebih padat dan sistem pembahagian token lebih bersistematik dan menarik.
No comments:
Post a Comment