BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 2, 2009

Tugasan 2: Mempertingkatkan pencapaian Pelajar Tingkatan Empat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif.

Dibentangkan Oleh :Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581) dan Suryatee binti Abd Rashid (P48696)
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, Setapak

Tujuan kajian
Kajian dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan islam dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

Objektif dan Persoalan kajian
  1. Mengenalpasti pengalaman dan pandangan pelajar terhadap pembelajaran berpusatkan guru (PBG).
  2. Menilai dan mengetahui pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam sebelum pembelajaran koperatif diperkenalkan.
  3. Menilai pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam selepas pembelajaran koperatif diperkenalkan.

Prosedur Kajian
  1. Mengenal pasti masalah melalui pemerhatian dan kumpul data melalui soal selidik dan soalan pre-test
  2. Merancang dengan menggunakan kaedah Pembelajaran koperatif
  3. Tindakan diambil dengan mengaplikasikan kaedah yang dirancang (sambil membuat pemerhatian)
  4. Refleksi dibuat berdasarkan pemerhatian soalan post-test, soal selidik, dan senarai semak serta membuat penambahbaikan

Dapatan Kajian
Kajian dilakukan dengan menggunakan data kualitatif dan kuantitatif.
  1. Kualitatif dapat diambil daripada refleksi guru, penilaian guru mata pelajaran dan penilaian pensyarah
  2. Kuantitatif pula dilakukan dengan soalan Ujian Pre-test & Post-test, senarai semak dan soal selidik Pre-Test (PBG) dan Post-Test (PBP)

Cadangan Penambahbaikan Kajian dan Kesimpulan
  1. Menambah tempoh kajian dan P&P menggunakan kaedah koperatif. Hal ini akan memperkukuhkan data dan melakukan kajian yang lebih mendalam dalam aspek kaedah koperatif.
  2. Menggunakan pemerhatian melalui rakaman video supaya dapatan kajian lebih terperinci.

No comments:

Post a Comment