CADANGAN UNTUK TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN:
PENGAPLIKASIAN KAD IMBASAN DAN PERISISAN KOMPUTER DALAM P&P
Cadangan:
- Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisian komputer. Guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisian komputer yang digunakan
- Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
- Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan
- Melalui penggunaan kad imbasan guru boleh memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik serta perkataan agar membolehkan pelajar mengecam gambar dan perkataan yang sesuai.
- Melalui penggunaan perisian komputer pula guru boleh menunjukkan kepada pelajar untuk mengenal bahan atau peralatan yang ditunjukkan.
- Guru juga boleh menggunakan perisian komputer untuk mengajar teori untuk mengelakkan pelajar bosan.
- Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dicadangkan mengikut target masa yang bersesuaian untuk perlaksanaan penggunaan aktiviti kad imbasan dan penggunaan perisisn komputer seperti guru tidak perlu menunggu sehingga pelajar memberikan jawapan pada setiap kad imbasan dan perisisn komputer yang digunakan
- Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar
- Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan
Cadangan Ahli Kumpulan Lain :
- Mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru.
- Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka.
- Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca.
- Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi.
- Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.
No comments:
Post a Comment