KELEMAHAN TAJUK MINI KAJIAN:
Pengaplikasian Kad Imbasan Dan Perisian Komputer Dalam P&P
Refleksi Individu:
1) Bahasa Melayu
- Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan perisian komputer dalam mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
- Pelajar bermasalah pembelajaran kurang didedahkan dengan ICT dan ini menimbulkan masalah untuk mengaplikasikan ICT dalam P&P. Sekiranya guru mahu mengaplikasikan perisian komputer dalam P&P bahasa Melayu, guru perlu membimbing pelajar untuk menggunakan ICT terlebih dahulu dan ini akan menyebabkan P&P terganggu.
- Selain itu, pelajar bermasalah Pembelajaran juga mengalami masalah bacaan dan tulisan. kebanyakan mereka memahami isi pengajaran namun sekiranya diminta membaca teks, mereka akan mengalami masalah apatah lagi untuk menulis ayat.
- Kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran tidak menyediakan pengajaran bagi matapelajarn ICT.
- Dari pemerhatian, majoriti sekolah hanya mempunyai sebuah komputer dan pelajar-pelajar tidak didedahkan kepada pengajaran ICT.
- Melalui kajian ini, pengkaji (guru) akan menggunakan instrumen kad imbasan dan penerokaan perisian komputer dalam mengajar ICT kepad pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran.
- Guru akan menguji kefahaman pelajar dengan tidak memfokuskan hanya kepada penulisan dan pembacaan namun menggunakan pendekatan pengecaman gambar atau objek melalui gambar.
- Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru.
- Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan.
- Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang diajar oleh guru.
- Penggunaan kad imbasan yang sama akan membosankan pelajar.
- Kekangan masa
- Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja
- Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer
- Tajuk mini kajian tindakan perlulah lebih dispesifikkan nama matapelajaran dan bukan P&P.
- Akan tetapi kami merasakan mini kajian adalah dilakukan untuk matapelajaran secara general bukan hanya dispesifikkan untuk beberapa matapelajaran sahaja. Ini kerana melalui mini kajian tindakan ini, apa yang kami ingin mengkaji ialah tahap kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran yang disampaikan melalui perbuatan mereka dengan menggunakan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai medium untuk mereka menyalurkan apa yang mereka faham terhadap isi pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.
No comments:
Post a Comment